Nazir kecewa Tommy kaitkan Tun Razak rusuhan 13 Mei

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:05 PG

Datuk Seri Nazir Razak kesal terhadap penulisan Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” yang mengaitkan Allahyarham Tun Razak sebagai dalang tragedi 13 Mei 1969.

Nazir Tun Razak menganggap tulisan Tommy itu merupakan satu sangkaan tanpa secebis bukti pun untuk menyokong pandangan tersebut.

Nazir dilapor Malaysia Gazette berkata, bekas Peguam Negara itu berpandangan bahawa Tun Razak mendapat manfaat daripada rusuhan yang tercetus dan Allahyarham dalam keadaan tergesa-gesa mahu menjadi perdana menteri kerana telah dimaklumkan akan mati.

Pandangan tersebut, kata Nazir, tidak disokong oleh sebarang bukti, malah fakta bekas peguam negara itu salah kerana Tun Razak hanya disahkan menghidap barah pada November 1969 dan doktor berpandangan kemungkinan tekanan berhadapan dengan rusuhan kaum itu menjadi punca Allahyarham mendapat penyakit tersebut.

Nazir juga menepis rasa terkesima Tommy tentang keputusan Tunku Abdul Rahman melantik Tun Razak sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara.

Katanya, Tunku Abdul Rahman membuat pilihan sendiri kerana yakin ia merupakan pillihan terbaik ketika itu malah beliau melantik Tun Dr Ismail sebagai menteri dalam negeri untuk membantu Tun Razak.

Nazir berkata, beliau juga terganggu dengan tulisan Tommy kononnya ratusan pemuda Melayu membawa parang dan keris sebagai punca utama rusuhan.

Bagaimanapun bekas pengerusi CIMB Nazir mengatakan, beliau percaya semua orang berhak untuk mempunyai pandangan sendiri terhadap sesuatu yang berlaku namun beliau memilih untuk berbeza pandangan dengan Tommy.

KLIK BACA: "Penjenayah dukung kerajaan PN" punca rasuah, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Derhaka paling dahsyat kerajaan sengaja 'leka' lanjut darurat PKP, kata Najib