Lelaki cabul budak enam tahun ditahan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:49 PTG
BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Kuala Kurau, pada 21 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan di kawasan rumahnya di Kuala Kurau sejurus pihak polis menerima maklumat berhubung kes berkenaan. Menurutnya, lelaki yang merupakan jiran mangsa itu, telah ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan. “Sejurus keluarga mangsa membuat laporan polis, anggota kami segera menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki. “Lelaki terbabit yang juga jiran mangsa ditahan di kawasan rumahnya dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dicabul kehormatan oleh seorang jirannya di Taman Kurau Jaya, Kuala Kurau dalam kejadian jam 6.30 petang, 21 Januari lalu. Ibu mangsa mendakwa anaknya yang tinggal berseorangan di rumahnya diajak suspek untuk mengikutnya pulang ke rumah lelaki itu atas alasan untuk bermain. Menurutnya, suspek yang disyaki mengalami masalah mental mengarahkan anaknya membuka seluar seterusnya melakukan perbuatan cabul ke atas mangsa. “Sebelum ini, anak saya memang tidak suka mandi, namun pada hari kejadian dia meminta saya memandikan nya sebaik pulang ke rumah. “Sebaik membuka pakaian anak, saya terkejut terdapat kesan darah pada kemaluannya dan apabila ditanya, anak saya memberitahu lelaki itu memasukkan sesuatu ke dalam kemaluannya,” katanya. Ibu mangsa berkata, pihaknya segera menghantar mangsa ke Hospital Seberang Jaya untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth kelmarin. SH