Najib Razak berharap kerajaan PN tidak sengaja leka lanjut PKP dan Darurat - Foto Times of India |
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata PKP 2.0 kali ini lebih susah berbanding PKP kali pertama Mac, 2020.
Datuk Seri Najib Tun Razak berharap spekulasi kerajaan PN sengaja “leka” dengan membenarkan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 longgar dan membiarkan kes Covid-19 tinggi supaya PKP dan darurat boleh dipanjangkan adalah tidak benar.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika perkara itu benar ia adalah penderhakaan paling dahsyat kepada rakyat kerana isu kesihatan dan kesejahteraan rakyat untuk tempoh jangka masa panjang sengaja dikorbankan, memandangkan kes Covid-19 ketika ini masih empat angka setiap hari.
“Jangan dibuat PKP separuh masa dengan penuh kelonggaran. Apa manfaat rakyat dapat daripada tempoh 27 hari PKP 2.0 separuh masak setakat ini.
"Kes Covid-19 masih kekal tinggi dengan 3,731 kes baharu semalam. Kes aktif Covid pula cecah rekod lagi semalam dengan 51,241 pesakit.
“Dibuat pula benda pelik seperti wujudkan laluan hijau dengan Indonesia di mana keadaan Covid tidak kurangnya genting berbanding Malaysia.

"Saya harap spekulasi rakyat bahawa kerajaan sengaja leka untuk PKP 2.0 ini agar kes Covid tetap tinggi supaya PKP dan darurat boleh dipanjangkan adalah tidak benar,” tulisnya di Facebook seperti dilapor Free Malaysia Today.
Najib juga berkata, PKP 2.0 kali ini lebih susah berbanding PKP kali pertama Mac tahun lalu kerana simpanan dan rizab sektor swasta dan rakyat khususnya sudah habis digunakan untuk tahun lalu. Bahkan, bantuan diberikan kerajaan juga semakin berkurang.
“Kita masih tidak nampak lagi jalan keluar dari kesempitan apabila kes Covid-19 tetap tinggi sepanjang PKP. Sebab itu saya berkali-kali suruh kerajaan buat PKP dengan betul dan amat ketat dengan bantuan kerajaan yang sewajarnya supaya kesannya singkat dan tidak perlu dilanjutkan berkali-kali,” katanya.
Berkenaan kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) yang bertajuk “Keluarga di Pinggiran” siaran portal FMT, Najib berkata jika ia benar-benar berlaku, maka ia memberi gambaran bahawa kerajaan sudah gagal menjaga rakyatnya.
“Saya amat sedih dan marah setelah membaca laporan ini,” luahya.
Laporan Unicef itu menyebut tinjauan yang dibuat ke atas 500 ketua isi rumah (KIR) yang mendapati, 63% daripada mereka tidak mampu menampung perbelanjaan harian termasuk membeli barangan dapur dan membayar bil.

Covid-19 Google News Tag Malaysiakini BM najib razak Politik Sinar Online Tan Sri Muhyiddin Yassin