Rakyat berdepan kemiskinan, pengangguran meningkat 2 kali ganda, kata Unicef

Ana Ghoib Syeikh Malaya 11:34 PG

Kajian Unicef mendapati seramai 63% ketua isi rumah tidak mampu menampung perbelanjaan harian!

Ketua isi rumah berdepan kesukaran mengatasi kesan ekonomi Covid-19 berpunca daripada kurangnya peluang pekerjaan dan simpanan kecemasan yang hampir tiada.

Laporan terkini Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) yang bertajuk “Keluarga di Pinggiran” melibatkan tinjauan ke atas 500 ketua isi rumah (KIR) mendapati, 63% daripada mereka tidak mampu menampung perbelanjaan harian termasuk membeli barangan dapur dan membayar bil.

Unicef turut melaporkan, pengangguran dalam kalangan KIR meningkat dua kali ganda sejak tahun lepas ketika perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dijalankan.

Kajian mendapati, kadar pengangguran meningkat daripada 7% pada September kepada 15% pada Disember dengan satu daripada tiga orang dewasa isi rumah tidak mempunyai pekerjaan.

Sekali gus, menjadikan kadar kemiskinan dalam kalangan keluarga ini kekal tinggi iaitu pada 42%, di sebalik bantuan kerajaan yang membantu meringankan beban mereka.

Kadar kemiskinan bagi keluarga yang diketuai oleh wanita atau orang kurang upaya (OKU) mencatat jumlah yang tinggi, di mana hampir separuh daripada mereka hidup dalam kedaifan.

Sementara itu, isu kestabilan dan kesihatan mental banyak mempengaruhi KIR, dengan wanita dilaporkan lebih cenderung terjejas mengalami tekanan mental dan emosi.

Bimbang gagal menyediakan makanan yang mencukupi untuk keluarga dan kekurangan peluang pekerjaan dilaporkan sebagai penyumbang utama kepada insiden tekanan dalam kalangan wanita, selain daripada kebimbangan terhadap pendidikan anak-anak.

Sehubungan itu, kajian mendapati pemulihan dalam kalangan isi rumah adalah tidak sekata, selepas ramai menghadapi situasi lebih buruk sejak September 2020. - Sumber: FMT

KLIK BACA: "Penjenayah dukung kerajaan PN" punca rasuah, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Derhaka paling dahsyat kerajaan sengaja 'leka' lanjut darurat PKP, kata Najib