Puad Zarkashi dan Muhyiddin Yassin - Foto Malaysiakini |
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengulas isu kebenaran Parlimen bersidang seperti di titahkan Yang Dipertuan Agong menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak segera mengumumkan tarikh persidangan.
Menjunjung kasih Tuanku. Keperihatinan Tuanku agar demokrasi di Malaysia terus subur disanjung tinggi oleh rakyat. Mohon rakyat baca kenyataan media Istana Negara.
YDP Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Tuanku “atas nasihat Perdana Menteri”.
Justeru diharap TS Muhyiddin bertindak segera memberikan tarikh untuk diperkenan oleh YDP Agong. Ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021.
Dalam kenyataan media itu YDP Agong juga menjelaskan adalah tidak tepat tanggapan pihak tertentu kononnya proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang.
Semoga TS Annuar Musa faham perkara ini. Jelas surat Ahmad Maslan tidak silap. Dengan sendiri menolak tuduhan TS Annuar bahawa mohon perkenan YDP Agong untuk sidang khas Parlimen dianggap “menderhaka”.
Bahkan kenyataan media Istana Negara itu menjelaskan, perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat PM berkenaan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 semata-mata sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa.
Fahamlah rakyat sekarang. Semoga PM tidak berdolak dalik. Semoga YB YB bila dah bersidang nanti janganlah bergaduh kenapa Rina Harun makin cantik dan ramping.
BOLA DI KAKI TS MUHYIDDIN Menjunjung kasih Tuanku. Keperihatinan Tuanku agar demokrasi di Malaysia terus subur...
Posted by DrPuad Zarkashi on Thursday, February 25, 2021
Free Malaysia Today Malaysiakini BM parliament malaysia Politik Puad Zarkashi Rina Harun Tan Sri Muhyiddin Yassin