Ada gerakan lucut gelaran Tan Sri milik Tommy Thomas - Laporan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:43 PG

Tan Sri Tommy Thomas cetus kontroversi melalui buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' 

Terdapat kumpulan dalam kalangan pegawai undang-undang dan kehakiman sedang menggerakkan usaha untuk memastikan gelaran Tan Sri milik bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas digugurkan, lapor portal Malaysia Now pada Jumaat.

Menurut Astro AWANI, laporan yang memetik sumber itu mendakwa, gerakan untuk mencadangkan kepada Istana Negara sudah bermula melalui petisyen serta melalui satu ketetapan oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA).

Sumber itu turut memaklumkan, langkah ini dibuat bagi mempertahankan integriti pegawai undang-undang selepas apa yang disifatkan sebagai penghinaan kepada mereka.

Ia juga sebagai mesej jelas kepada mana-mana individu yang memegang jawatan di jabatan awam.

Langkah ini menyusul selepas penerbitan buku bertajuk 'My Story: Justice in the Wilderness' oleh Tommy.

Tommy dilantik menjawat jawatan Peguam Negara oleh Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota, yang membawa gelaran Tan Sri pada September 2019 atas rekomendasi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika itu.

Untuk rekod, di dalam memoirnya Tommy secara jelas menyebut para pegawai undang-undang tempat beliau bekerja bersikap sambil lewa hanya menunggu gaji bulanan dan pencen.

KLIK BACA: Nazir Razak kesal Tommy dakwa pemuda melayu bawa parang keris punca 13 Mei