Najib sedih kematian anggota polis akibat Cov id-19 di Klang. - Foto MalaysiaGazette |
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kematian seorang anggota polis akibat Covid-19 ketika menjalani kuarantin kendiri.
Ahli parlimen Pekan mempersoalkan tindakan pihak KKM yang membiarkan anggota polis berkenaan menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.
Bekas Perdana Menteri Najib turut meluahkan rasa sedih apabila membaca berita yang menyatakan anggota polis terbabit telah disahkan positif Covid-19 sebanyak dua kali.
"Sedih membaca berita yang menyatakan seorang anggota polis yang telah dua kali disahkan positif Covid meninggal dunia akibat Covid setelah diarahkan untuk kuarantin kendiri di rumah.
"Paling sedih ialah anggota polis sudah mengalami gejala Covid semasa disahkan positif. Kenapa pula dia dibiarkan kuarantin di rumah jika sudah bergejala?
"Harap pihak berwajib akan jelaskan jika allahyarham sarjan tersebut meninggal akibat tidak menerima bantuan kesihatan setelah mengalami komplikasi Covid semasa kuarantin di rumah," tulis Najib di Facebooknya, hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang anggota polis Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, meninggal dunia akibat dijangkiti wabak Covid-19.
Anggota polis lelaki yang berusia 53 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, malam tadi.
Arwah, 53 tahun, yang mempunyai lima orang anak, menjalani ujian saringan Covid-19 pertama pada 22 Januari kerana demam dan keputusannya positif.
"Takziah kepada keluarga Sarjan Mohd Arshad Md Ariffin. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman," kata Najib lagi.
KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah
KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin
KLIK BACA: Anggota Polis meninggal dunia ketika jalani kuarantin COVID-19 di rumah
Covid-19 Free Malaysia Today Google News Tag Jenayah najib razak polis diraja malaysia Politik