Takiyuddin disebut akan menggantikan Sanusi yang teruk dikecam netizen. - Foto MalaysiaDateline |
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan spekulasi yang mengatakan dirinya akan menggantikan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah selewat-lewatnya selepas pilihan raya umum akan datang.
“Tak timbul langsung isu tukar MB Kedah tu, secara umumnya PAS berpuas hati dengan performance (prestasi) Sanusi.
“Soal pentadbiran akan diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya dipetik Malaysiakini.
Hari ini portal Malaysia Dateline memetik sumber berkata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu akan menggantikan Sanusi, paling lewat selepas pilihan raya umum akan datang.
Idea pertukaran MB Kedah itu timbul selepas Sanusi dikecam berhubung isu cuti peristiwa bagi perayaan Thaipusam di Kedah.
Menurut sumber tersebut, kontroversi yang dicetuskan oleh Sanusi tidak berkesudahan sejak dia menjadi menteri besar, seperti isu merobohkan kuil di Kuala Kedah dan dakwaan pembelian kereta Toyota Vellfire menggunakan dana Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada).
Laporan tersebut mengatakan Takiyuddin pemimpin PAS yang sesuai menggantikan Sanusi memandangkan dia merupakan anak kelahiran Kedah dan keluarganya mempunyai reputasi yang baik di sana.
Bagaimanapun, ketika mengulas lanjut berkenaan spekulasi itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata dia masih wakil rakyat Kelantan setakat ini.
Untuk rekod, Sanusi yang juga Adun Jeniri (PAS) dilantik sebagai menteri besar Kedah yang ke-14 menggantikan Mukhriz Mahathir selepas negeri itu jatuh ke tangan Perikatan Nasional pada Mei lalu.
KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah
KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin
KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah