Ini pertama kali berlaku di Malaysia di mana helikopter diparkir di perkarangan rumah apatah lagi diletakkan bersebelahan beberapa motosikal, seolah-olah ia perkara biasa tetapi pada hakikatnya di sebuah taman perumahan di Puchong.
Helikopter itu disebut menjadi punca pertelingkahan dua jiran.
Perbalahan mereka tular menerusi klip video yang turut memaparkan helikopter itu diparkir di sebuah rumah mewah.
Helikopter itu dikatakan milik seorang bergelar Datuk Seri manakala jiran yang berkelahi dengannya juga seorang Datuk.
Ketua Polis Serdang Razali Abu Samah berkata, Datuk Seri itu tidak melakukan kesalahan undang-undang dengan meletakkan helikopter milik beliau di rumahnya.
“Semua ok. Mereka berdua sahabat dan apa yang berlaku adalah hanya perselisihan pendapat. Tidak ada sebarang kesalahan undang-undang,” katanya seperti dilapor FMT.
KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin
KLIK BACA: Anggota Polis IPD Klang meninggal dunia ketika jalani kuarantin COVID-19 di rumah
Gambar Harian Metro Malaysiakini BM mymetro polis diraja malaysia Sinar Harian