Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendesak Datuk Seri Dr Adham Baba penggantinya yang bertanggungjawa menjaga Kementerian Kesihatan Malaysia KKM - Foto MalaysiaDateline. |
Beliau berkata demikian selepas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa dia hanyalah 'utusan' yang mewakili pandangan pakar-pakar dalam kementerian yang bekerja di belakang tabir.
Dzulkefly berkata, Adham bersama timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang seharusnya bekerja sebagai satu pasukan dengan birokrat dan teknokrat kementerian.
“Pada akhirnya, eksekutif iaitu Menteri perlu sentiasa mengambil alih dan memikul bertanggungjawab.
“Itulah sebabnya mengapa masyarakat sekarang mengatakan menteri dan dua timbalannya makan gaji buta. Kenapa? Kerana mereka tidak lihat pemimpin mereka mengambil tanggungjawab,” katanya dalam rancangan bual bicara yang disiarkan di Facebook hari ini.
Dzulkefly yang juga Pengerusi Taskforce Covid-19 Selangor berkata, selepas ketiadaan beliau di dalam kementerian, Noor Hisham dilihat seperti mengambil alih tanggungjawab, terutama dalam mengendalikan sidang media setiap hari.
Beliau juga menyifatkan bahawa Malaysia telah kehilangan kepimpinan politik dan negara berjalan “hampir secara automatik” sejak kerajaan Pakatan Harapan(PH) digulingkan tahun lalu.
“Orang ramai bertanya ‘sekarang ada tiga orang. Seorang menteri dan dua timbalan menteri, di mana mereka?
“Keadaan telah bertambah buruk dan memerlukan mereka dilihat dan bertanggungjawab, bukan hanya pada DG,” katanya.
KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah
KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin
KLIK BACA: Anggota Polis meninggal dunia ketika jalani kuarantin COVID-19 di rumah