Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata setiap minggu ribuan saman dikeluarkan pihaknya kepada individu yang ingkar dan melanggar SOP PKP, yang kebanyakannya melibatkan kesalahan tiada penjarakan fizikal.
Menurutnya lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada yang mengambil kesempatan dengan melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri tanpa alasan yang kukuh.
"Sekiranya kompaun RM1,000 itu dianggap kecil maka mereka yang degil ini pasti akan menerima padah apabila arahan menaikkan nilai kompaun ini diwartakan. Sudah tiba masanya untuk nilai kompaun itu dinaikkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata anggotanya telah diarahkan untuk mengeluarkan saman kepada mereka yang ingkar tanpa memberi ruang dilepaskan dengan amaran.
Abdul Hamid berkata sepanjang menjalankan tugas ketika PKP dilaksanakan, seramai 474 warga PDRM positif Covid-19. manakala 1,628 lagi telah menjalani kuarantin.
“Amat menyedihkan apabila petugas barisan hadapan yang dijangkiti ini terpaksa dirawat oleh satu kelompok lagi petugas barisan hadapan di hospital,” katanya.
Penularan Covid-19. di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak ketika ini, dengan jumlah kes harian baru menghampiri 6,000 apabila sebanyak 5,725 kes dilaporkan semalam dan hari ini pula 5,728 kes dicatatkan. - Bernama
KLIK BACA: Sekali lagi Azmin dakwa amalan songsang Anwar, ragui pengampunan penuh Agong Anwar
KLIK BACA: Ayob Khan saran Pencen Seringgit terhadap polis didakwa rasuah diperkenal semula
KLIK BACA: MP Hassan Karim gesa Muhyiddin, Kabinet letak jawatan, senaraikan 4 kegagalan PN
DIKEMASKINI: Ibu Yati jawab Nasruddin, Minta maaf atau saman kamu dan Yadim
KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah