Pakar perlembagaan, Prof Dr Shamrahayu A Aziz berkata, namun Perkara 150 Fasal 8 menyatakan soal "puas hati" Yang di-Pertuan Agong berhubung keputusan pengisytiharan darurat itu tidak boleh dipersoalkan dan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
Katanya, beliau melihat orang yang memfailkan kes itu tidak mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya mengenai nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada baginda.
Justeru, katanya ada ruang undang-undang yang dibincangkan dan persoalan teknikal sama ada boleh atau tidak dicabar di mahkamah.
"Saya melihat ini satu usaha yang baik... pergilah ke mahkamah supaya persoalan ini dapat diperjelaskan.
"Dalam hal ini saya nampak ada orang itu terbabit meminda undang-undang tetapi kini beliau yang mempersoalkannya dan ini menyebabkan rakyat keliru dalam situasi ini," katanya pada sesi soal jawab selepas menjadi panel webinar 'Memahami Isu Darurat dan Masa Depan Gerakan Dakwah' anjuran Yayasan Dawah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dilaksanakan secara dalam talian, hari ini.
Beliau ditanya sama ada keputusan Yang di-Pertuan Agong berkaitan darurat itu boleh dicabar di mahkamah.
Baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Perdana Menteri kepada Yang si-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Peguam Anwar Ramkarpal Singh berkata, apa yang dicabar dalam permohonan itu bukanlah pengisytiharan darurat, sebaliknya keputusan Perdana Menteri melalui Jemaah Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat berkenaan.
Shamrahayu menjelaskan ada yang menyatakan puas hati Yang di-Pertuan Agong boleh dengan nasihat atau tanpa nasihat kerajaan.
Justeru, katanya ada juga pihak yang memfailkan kes di mahkamah mencabar keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat kerajaan untuk mengadakan darurat pada Oktober tahun lalu.
"Apa yang saya fahami kuasa Yang di-Pertuan Agong itu tidak boleh dipersoalkan dan tiada semakan undang-undang mengenainya.
"Pada tafsiran saya, kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa budi bicara, sama ada dengan nasihat atau tanpa nasihat. Kalau ia kuasa budi bicara maka nasihat yang diberikan itu (Perdana Menteri) tidak relevan.
"Saya tidak mahu mendahului mahkamah dan tafsiran saya adalah tafsiran akademik semata-mata," katanya. - Sumber: BHOnline
KLIK BACA: Sekali lagi Azmin dakwa amalan songsang Anwar, ragui pengampunan penuh Agong Anwar
KLIK BACA: Ayob Khan saran Pencen Seringgit terhadap polis didakwa rasuah diperkenal semula
KLIK BACA: MP Hassan Karim gesa Muhyiddin, Kabinet letak jawatan, senaraikan 4 kegagalan PN
DIKEMASKINI: Ibu Yati jawab Nasruddin, Minta maaf atau saman kamu dan Yadim
KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah
Free Malaysia Today Google News Tag Malaysiakini BM Politik Yang Di-Pertuan Agong