Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 47,388 meningkat 1,910 kes berbanding hari sebelumnya.
"Selangor masih melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes (57.3 peratus).
"Daripada jumlah ini, sebanyak 2,467 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes (13.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes (8.4 peratus)," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 13 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif 746 korban.
Sementara itu, katanya terdapat seramai 319 pesakit di ICU dengan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan.
"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing dua kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Melaka.
"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata pengarah kesihatan.
Jelasnya, jumlah kes sembuh baru 3,805 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 161,527 kes (77.04 peratus).
Menurut Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 16 kluster baru dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif kini 387 kluster, dengan 97 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baru hari ini.
Katanya, 13 kluster baru membabitkan kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Suasa, Jalan Riang, Jalan Lombong, Bintang Utama, Bayu Tampoi dan Bukit Batu Grisek masing-masing di Johor; Jalan Trompet dan Kampung Hala di Selangor; Lingkaran Maluri dan Desa Tun di Kuala Lumpur; Tanah Putih dan Jalan Ketengah (Pahang); serta Jalan Labuk (Sabah).
Tiga lagi kluster, katanya melibatkan komuniti iaitu Lasah di Perak, Tersat (Terengganu) dan Taman Amalina (Pahang).
“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes) dan Kluster Pasai (96 kes).
“Jumlah keseluruhan kluster yang tamat adalah 420 kluster termasuk empat kluster hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga dan Kluster Mador,” katanya lagi. - Bernama
KLIK BACA: Sekali lagi Azmin dakwa amalan songsang Anwar, ragui pengampunan penuh Agong Anwar
KLIK BACA: Ayob Khan saran Pencen Seringgit terhadap polis didakwa rasuah diperkenal semula
KLIK BACA: MP Hassan Karim gesa Muhyiddin, Kabinet letak jawatan, senaraikan 4 kegagalan PN
DIKEMASKINI: Ibu Yati jawab Nasruddin, Minta maaf atau saman kamu dan Yadim
KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah