Ramesh Rao akan didakwa di mahkamah kerana tuduh hakim kes Najib cucu Dr Mahathir

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:40 PG
Ramesh Rao dituduh memfitnah Hakim yang jatuh HUKUM kes Najib yang didapati bersalah adalah cucu Tun Mahathir - Foto FMT

Presiden NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao akan dituduh di Mahkamah Sesyen Taiping berkaitan satu ciapan berkenaan hakim Mahkamah Tinggi yang membuat keputusan kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Malaysiakini melaporkan menurut sumber bahawa Ramesh akan dituduh bawah Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 pada hari Rabu.

"Dia akan didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping pada jam 9 pagi pada 10 Februari," kata sumber tersebut.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah membuat siasatan selama enam bulan terhadap Ramesh.

Ini selepas satu laporan polis difailkan mengenai perkara berkenaan pada 30 Julai tahun lalu.

Pada 28 Julai 2020, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman terhadap Najib atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjumlah RM42 milion dalam kes SRC International.

Ramesh yang dikenali sebagai penyokong kuat Najib, pada hari yang sama menerusi akaun Twitter mendakwa Nazlan cucu atau cucu saudara kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, anak perempuan Mahathir, menyangkal dakwaan tersebut sebagai tidak benar.

"Kami rasa bangga kerana mereka berpendapat hakim berpengalaman seperti itu mempunyai kaitan keluarga dengan kami, tapi ini tidak benar. Sedangkan cucu paling sulung Mahathir kini berusia 33 tahun.