AMT Umno Dr Puad Zarkashi - Foto ihsan Malaysia Gazette |
Dalam satu hantaran Dr Puad Zarkashi di laman Facebook beliau mencadangkan agar persidangan MP di adakan di dewan sekolah.
Dr Puad dipercayai menyindir keberanian kerajaan mengadakan persidangan MP kembali yang digantung berikutan perisytiharan Darurat yang dibuat Muhyiddin Yassin.
Berikut di bawah adalah kenyataan terbuka Dr Puad Zarkashi di laman Facebook beliau.
TAHNIAH di atas kejayaan PKP. Kalau PKP gagal mana mungkin shopping complex buka sepenuhnya apatah lagi PKP masih berkuat kuasa sehingga 4 Mac 2021.
Ramai sungguh orang pergi shopping di Alamanda dan Mall IOI Putrajaya. Macam nak sambut hari raya.
Sekolah pun akan buka pada 1 Mac iaitu tiga hari lebih awal sebelum PKP tamat.
Oleh kerana dewan sekolah boleh pakai, maka saya setuju sidang Parlimen buat di Dewan Sekolah.
Virus COVID-19 cuma serang Parlimen. Apa ada hal.
DR. PUAD ZARKASHI
Ahli MT UMNO
22 Februari 2021.
SIDANG PARLIMEN DI DEWAN SEKOLAH TAHNIAH di atas kejayaan PKP. Kalau PKP gagal mana mungkin shopping complex buka...
Posted by DrPuad Zarkashi on Monday, February 22, 2021
Free Malaysia Today Google News Tag Malaysiakini BM parliament malaysia Politik Puad Zarkashi Tan Sri Muhyiddin Yassin