Pemohon i-Sinar kecewa seolah-olah dipermainkan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:54 PTG

Permohon i-Sinar katagori dua hari ini tidak berpuas hati terhadap Kumpulan Wang simpanan Pekerja (KWSP) yang seolah-olah mempermainkan perasaan mereka.

Status permohonan terkini di kongsi oleh pemohon di laman sosial di mana Ahad lepas pemohonan mereka diluluskan tetapi hari ini bertukar sedang dalam proses.

Semalam KWSP memaklumkan pihaknya berdepan masalah teknikal berhubung paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

KWSP meminta pemohon menyemak semula status pemohonan pada 8 Febuari 2021.

Malangnya pada pagi ini status permohonan pemohon yang dimaklumkan lulus bertukar sedang diproses.

“Malam tadi check hijau lulus pagi ni check biru sedang proses..apa ni..main2 jiwa rakyat,” tulis Rowena Yohada.

“Dah bertukar status, dari lulus ke dalam proses semula, mesti ramai kena tekanan jiwa harini.. semalam dah lega hilang 1 beban , tiba2 bertukar semula status, silap2 ada yang dah bunuh diri harini kalau yang ada masalah kewangan teruk, harap dapat buat laporan polis, kerana ramai yang bertukar status tu harini dah sempat screenhot lulus semalam,” kata Mohd Hilman Abd Rashid.

“Menipulah kerjanya i-Sinar ni susah nak percaya, aku dah dua kali mohon tetap juga sama malumat takdelah macam macam lagi. Jangan terlalu percaya semua permainan kerajaan,” kata Rodhiah Rozie.

Pemohon sangat berharap dengan wang daripada i-Sinar untuk kelangsungan apatah lagi PKP 2.0 masih berjalan dengan pendapatan yang sangat terhad tanpa ada bantuan secara langsung daripada kerajaan.

“Ini bukan masa untuk bergurau. Paparan permohonan diluluskan bukan masalah rakyat, sepatutnya kwsp menjamin dan bertanggungjawab sepenuhnya apa yg telah dipaparkan tu. Bayangkan ramai yang sujud syukur sebab paparan diluluskan itu. Tolong jangan putar alam, lunaskan janji seperti yg sudah disiarkan kepada kami! Masalah sistem bukan masalah kami!” komen Shukri Thamin.

“Sy mohon utk K1 tapi x lulus, nak mohon utk K2 ni sy xde ape2 dokumen pon, sbb sy kerja as part timer je, pay slip xde, surat dr majikan pon xde..ni sbb dek covid 19 ni dh setahun sy x ade keja..kwsp ni betui2 nyusahkan pencarum la,” tulis Puteh Seroja.

Bahkan ada yang membidas KWSP seolah-olah tidak ambil peduli terhadap perasaan pemohon yang dalam kesempitan kerana mereka sangat mengharapkan wang mereka.

“boleh kwsp main2 disaat rakyat sgt2 mngharapkan….npk sgt pngurusan kwsp xpeka atau x ambil peduli perasaan rakyat yg dlm kesempitan…..,” komen Rohita Salleh.

“Hari ni depa tukar dlm proses pula rakyat malaysia pakat kna kencing ngan puak ni..” ujar Zuan Nasir.

Sebelum ini, KWSP memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan. - Malaysia Dateline

KLIK BACA: Jangan sampai bukan melayu berhijrah, Tun M jawab PN