Jee Jong Hoon melambai ke arah media di luar Mahkamah Majistret di George Town, Pulau Pinang, selepas perbicaraan Disember lalu.
GEORGE TOWN: Seorang pastor warga Korea dari gereja bagi orang pekak dan bisu yang didakwa mencabul kehormatan seorang lelaki 21 tahun lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.
Jee Jong Hoon, 54, dituduh meraba kemaluan lelaki itu yang kini berusia 40 tahun, serta memeluk dan menciumnya secara paksa di sebuah rumah di Lorong Delima 3 di Island Glades pada 2000.
Tiada pengakuan direkodkan ketika dia didakwa kali pertama pada 29 Dis kerana tidak ada penterjemah bahasa isyarat yang hadir. Jee membayar jaminan RM6,000 manakala paspotnya disita.
Hari ini, dia menuntut perbicaraan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa isyarat antarabangsa oleh penterjemah dari Istana Kehakiman, Putrajaya.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan menetapkan 15 Mac untuk sebutan bagi membenarkan penyerahan dokumen. Jee diwakili Sobini Kobu, sementara timbalan pendakwa raya Azlin Zeti Zainal Abidin mengendalikan pendakwaan.
Jee berdepan dua tuduhan lain, mencabul kehormatan dua lelaki lain.
Dia didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth pada 18 Dis, dan mahkamah menetapkan 4 Mac untuk sebutan semula kes. - FMT
KLIK BACA: "Penjenayah dukung kerajaan PN" punca rasuah, kata Tun Mahathir
KLIK BACA: Derhaka paling dahsyat kerajaan sengaja 'leka' lanjut darurat PKP, kata Najib
Berita Harian Cabul Google News Tag Jenayah korea polis diraja malaysia Rogol