Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, semasa ditahan lelaki berusia 46 tahun itu didapati memakai gelang putih di tangan kiri dengan catatan tarikh ujian calitan Covid-19 pada 7 Feb, lapan pagi di Klinik Kesihatan Sibu Jaya.
“Berdasarkan siasatan awal, pada 12.30 tengah hari suspek keluar dari rumahnya untuk menyertai sabung ayam di lokasi tersebut.
"Keterangan lelaki ini telah direkodkan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan perintah kuarantin di rumah ke atasnya masih berkuat kuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dia berkata ujian calitan Covid-19 ke atas empat lagi suspek berusia antara 23 dan 46 tahun yang dibuat di Hospital Sibu mendapati mereka negatif wabak berkenaan dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Katanya, mereka juga akan dikenakan kompaun kerana melanggar syarat PKP. -Bernama

Covid-19 Harian Metro Jenayah mymetro polis diraja malaysia Sinar Online