Anwar Ibrahim mahu merujuk persoalan berkaitan pengisytiharan darurat ke Mahkamah Persekutuan.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu merujuk beberapa persoalan ke Mahkamah Persekutuan berkaitan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan melaksanakan darurat.
Peguam Anwar Ramkarpal Singh berkata, persoalan itu mahu dirujuk Anwar ke mahkamah tertinggi termasuk sama ada nasihat kerajaan untuk Agong menggantung Parlimen adalah tertakluk bawah klausa penyingkiran (ouster clause) dalam Artikel 150 Perlembagaan.
Beliau juga mahu mahkamah memerintahkan sama ada keputusan menggantung Parlimen boleh disemak semula oleh mahkamah, dan jika bidang kuasa perundangan, termasuk kuasa semakan semula berhubung prosedur, dapat dihalang sepenuhnya oleh badan perundangan.
Anwar juga bertanya, jika Seksyen 39 (2) Akta Malaysia 1963, 15 (d) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1981 serta Artikel 150 (6) dan (8) Perlembagaan tidak konsisten atau bertentangan dengan Artikel 4, 5, 8 dan 121 (1) Perlembagaan.
“Saya berpendapat persoalan yang diajukan itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dan mempertimbangkan kesegeraan hal tersebut, terutama memandangkan Parlimen sekarang ditangguhkan, saya juga memfailkan perakuan segera supaya perkara itu segera didengar,” kata Ramkarpal dalam kenyataan.
Anwar, yang juga presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada akhir Januari, dengan menamakan perdana menteri dan kerajaan.
Ramkarpal tegas menyatakan mereka tidak mencabar proklamasi itu tetapi keputusan perdana menteri untuk menasihati Agong untuk bersetuju dengan ordinan darurat yang menangguhkan sidang Parlimen.
Beliau mendakwa, nasihat Muhyiddin Yassin kepada Agong bertentangan dengan undang-undang. - Sumber Free Malaysia Today
KLIK BACA: Peguam Negara Tommy Thomas LETIH selesai kes 1MDB, Jho Low, Najib, Equnimity.
Anwar Ibrahim Malaysiakini BM parliament malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Di-Pertuan Agong