Facebook Messenger Untuk Website Dilancar

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:12 PTG


Laman khas untuk messenger dilihat memberi kelebihan kepada usahawan atas talian bagi berinteraksi dengan pelanggan. - Foto mesramobile.com

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, Facebook telah memperkenalkan ‘Messenger For Business’ dimana fungsi ini dilihat memberi kelebihan kepada usahawan atas talian bagi berinteraksi dengan pelanggannya di Messenger.

Tahun ini, Facebook dilihat lebih memfokuskan pada Aplikasi Messenger untuk menjadikan ia sebuah platform yang lebih menyeluruh dan bukannya fokus pada perbualan text sahaja.

Dalam usaha kearah tersebut, Facebook telah melancarkan laman khas untuk Messenger yang boleh di akses di messenger.com.

Dengan adanya laman ini pengguna tidak perlu lagi membuka laman Facebook untuk berkomunikasi dengan rakan.

Pada masa yang sama, Facebook telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang terdapat pada aplikasi mesej tersebut antaranya seperti mengetahui status mesej yang dihantar, membuat panggilan secara percuma, menghantar gambar dengan pantas, lebih banyak sokongan sticker, menghantar rakaman suara, kiriman wang kepada rakan serta sokongan berkomunikasi secara kumpulan. TRP