Terimakasih lah Muhyiddin bagi RM100,000 setahun – Zahid

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:36 PG

Lima Ahli Parlimen UMNO masih menerima peruntukan yang sama seperti Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Mereka hanya diberikan RM100,000 untuk kawasan masing-masing, dedah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen UMNO yang menerima peruntukan sebanyak itu termasuk Ahmad Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datuk;Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan,  Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak,  Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

””Setakat ini saya terima peruntukan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk adalah sebanyak RM100,000 setahun untuk tahun ini.

”Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang lain mendapat RM3.7 juta setahun.

”Alhamdulillah saya dapat RM100,000 itu. Cukup untuk Parlimen Bagan Datuk di mana bahagian yang paling mundur di negeri Perak. Saya ucapkan terima kasih,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO ketika siaran langsung di Facebook NR Channel TV, malam tadi.

Lantaran itu, Ahmad Zahid menyeru kerajaan untuk memberikan peruntukan yang sama seperti Ahli Parlimen kerajaan yang lain.

“Mudah-mudahan terbukalah hati sesiapa yang buat keputusan itu untuk memberikan peruntukan sama dengan mana-mana Ahli Parlimen yang telah mengundi supaya Bajet 2021 yang telah kami undi dan sokong di Dewan Rakyat.

“Kami undi dan sokong tiga kali di Dewan Rakyat, di peringkat dasar, jawatankuasa dan peringkat bacaan kali ketiga pun kami sokong. Tetapi hadiah yang kami dapat peruntukan RM100,000 setahun kepada kami. Syukur” kata Ahmad Zahid dengan sinis.

Untuk rekod, Nazri dan Ahmad Jazlan sebelum ini mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Gua Musang,  Tengku Razaleigh Hamzah adalah Ahli Parlimen dari UMNO yang paling awal menyatakan tidak lagi menyokong Kerajaan Perikatan Nasional.

Pemerhati politik menganggap isu sekatan peruntukan ini adalah permainan politik dari pihak kem Bersatu-Muhyiddin terhadap kem Umno-Zahid.

KLIK BACA: Nazir kesal Tommy dakwa pemuda melayu bawa parang keris punca 13 Mei