Zahid Hamidi setuju dengan pendapat netizen melalui serangan terhadap Muhyiddin di media sosial - Foto FMT |
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas 'serangan' warga maya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.
Zahid pada hantaran di media sosial menyertakan pautan laporan Malaysiakini, berjudul "Warga maya ‘serang’ Muhyiddin di FB Istana Negara."
"Saya membaca laporan portal berita ini dengan teliti. Saya melihat isi kandungannya sebagai sesuatu yang serius.
"Apa yang berlaku itu manifestasi kegelisahan rakyat berhubung kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
"Apa yang boleh saya perkatakan adalah rakyat mahukan sebuah negara yang stabil politiknya, manakala ekonominya mengukuh. Pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan untuk memacu kewangan negara dan sektor pekerjaan.
"Apa yang rakyat mahukan adalah kehidupan yang sejahtera dan pekerjaan untuk menyara diri serta keluarga," katanya.
Menurut Zahid, keadaan negara ketika ini adalah "sebaliknya."
"Orang mengeluh sana sini tentang kehidupan mereka. Hilang kerja dan sebagainya.
"Ketika berdepan kesukaran hidup, kita berdoa supaya wabak ini tamat segera dan politik negara dapat diperkukuhkan," katanya lagi.
Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, rata-rata warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.
Tidak terkecuali juga, ada yang meninggalkan komen-komen nakal mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin..
KLIK BACA: Jangan sampai bukan melayu berhijrah, Tun M jawab PN
KLIK BACA: Nazir Razak kesal Tommy dakwa pemuda melayu bawa parang keris punca 13 Mei
Free Malaysia Today Politik Sinar Harian Tan Sri Muhyiddin Yassin zahid hamidi