Nurul Hidayah Zahid lakukan pembedahan potong usus atau Bariatik kerana gemuk pernah mencecah berat 100kg. |
Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid mengakui dia pernah mengalami masalah berat badan hingga mencecah 100 kilogram (kg).
Demi kesihatannya, wanita berusia 42 tahun itu mengambil keputusan menjalani pembedahan bariatrik (pintasan perut) atau istilah popular dalam kalangan masyarakat ‘potong usus’ kira-kira 11 tahun lalu.
“Sejujurnya, saya mengaku kepada orang ramai bahawa melakukan prosedur kecilkan kantung perut.
“Saya menjalani pembedahan bariatrik Sleeve Gastrectomy (kategori gastrektomi lengan),” katanya menerusi laman sosial Instagram @nurul.zahid di sini.
Anak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menambah, hasil prosedur berkenaan berat badannya yang mencecah 100kg sebelum ini berjaya diturunkan hingga 58kg dalam tempoh setahun setengah.
“Saya tak tipu, malah turut memberi cadangan kepada individu yang obesiti untuk buat (bariatrik). Tak mahal pun sebab pada 11 tahun lalu kos prosedur sebanyak RM15,000. Sekarang dah mahal, tetapi berbaloi,” katanya dipetik Malaysia Gazette.
Ada antara follower Nurul Hidayah di Instagram yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.
“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemuk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.
“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,
“Selepas menjalani pembedahan selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.
“Memang saya stres sebab apabila makan akan muntah. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” tulis Nurul Hidayah.
Nurul Hidayah ibu kepada tiga anak juga menasihatkan individu supaya positif dan jangan malu berterus-terang apabila menjalani pembedahan bariatrik.
Jangan sesekali menipu dengan menyatakan kejayaan kurus itu kerana bersenam, berdiet atau makan produk kurus jenama sendiri.
“Pendapat saya berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus atau kecilkan perut?
“Bukan untuk kecantikan pun kerana ia untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi, dengan prosedur macam saya beritahu tadi (bariatrik) adalah lebih cepat dan lebih sihat,” kata Nurul Hidayah Zahid.
Doktor Free Malaysia Today Google News Tag gossip artis Gossip Artis Malaysia Malaysiakini BM Nurul Hidayah Zahid