Sempena Tahun Baru Cina kali ini, pendakwah Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada seorang ibu tunggal, Koh Kim Keok di Kota Bharu.
Selain Myvi, beliau juga menghadiahkan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rumah setiap bulan untuk ibu tunggal yang mempunyai ramai anak selepas kematian suaminya itu.
“Masa sampai tadi kakak ini menangis. Saya dapat info yang keluarga ini susah dan dah lama tiada makan besar dan tiada sambutan tahun baru cina.
“Walau chinese non muslim tapi dia kenal saya. Katanya selalu berdoa nak jumpa ustaz. Hari ini tiba-tiba ada depan mata,” tulis ustaz Ebit Lew di Facebooknya.
Selepas kematian suami, Kim Keok besarkan anak yang ramai seorang diri dengan kerja kedai kopi Cina di Kota Bharu.
Namun, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), gajinya hanya RM20 sahaja sehari.
“Dulu RM30. Sebulan dapat RM600. Anak yang baju merah tu (gambar atas) memeluk Islam dah lama. Tapi mereka hidup dengan penuh kasih sayang,” cerita Kim Keok kepada Ebit dan dicatatkan beliau dalam Facebooknya.
Katanya, anak perempuan ibu tunggal ini berhenti belajar nursing (kejururawatan) kerana tiada duit untuk bayar yuran RM800.
“Sedih lak dengar. Mula kerja kedai makan bantu keluarga. Saya cadangkan untuk sambungkan dia belajar semula. Kami akan tanggung yuran jika belajar semula,” kata Ebit lagi.
Menurutnya, keluarga ini tiada kenderaan untuk hantar anak ke sekolah.
“Dulu ada kereta lama dah jual besi buruk. Saya terus ajak beli kereta. Terus dapat tadi. Kereta Myvi. Menangis kakak gembira sangat,” cerita Ebit lagi.
Ebit mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu ibu tunggal ini.
“Terima kasih JKM ada beri duit bulanan. Terima kasih YB dan Menteri. Terima kasih zakat. Terima kasih Penghulu dan ketua kampung. Terima kasih jiran dan masyarakat setempat. Terima kasih NGO tempatan. Terima kasih Media yang maklumkan pada saya. Terima kasih semua,” kata Ebit Lew ikhlas.
Ebit Lew Free Malaysia Today Google News Tag Harian Metro Isteri Malaysiakini BM Miskin