Pengasas Sugarbook dihadapkan ke mahkamah esok

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:05 PG
Anggota polis mengiringi suspek kes Sugarbook ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Shah Alam. - Foto Hairul Anuar Rahim

Pengasas platform berkenalan dan janji temu Sugarbook akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat memaklumkan suspek akan didakwa esok bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menimbulkan khianat awam.

"Pengarah Pendakwaan Selangor telah bersetuju untuk menuduh suspek bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 24/2/21, jam 9.00 pagi," katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditangkap pada 17 Februari berikutan laporan polis di laman web setelah menyenaraikan 10 universiti awam dan swasta dengan palng rami pelajar mencari "sugardaddy."

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, mahkamah menolak permohonan reman polis terhadap suspek.

Dia ditangkap semula pada hari yang sama untuk membantu siasatan kes rogol dan pelacuran yang melibatkan pelajar universiti.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.

Isu pelajar IPTA dan IPTS menjadi 'sugar baby' timbul susulan dakwaan aplikasi 'dating' atas talian, Sugarbook dikatakan menghubungi "sugar daddy" atau "sugar mommy" dengan "sugar baby" di seluruh Asia.

"Sugar daddy" atau "sugar mommy" biasanya merupakan lelaki atau perempuan yang berusia yang sanggup menawarkan wang, hadiah atau habuan lain kepada temannya yang lebih muda - "sugar baby" - sebagai pertukaran kepada perhubungan.