Khairy Jamaluddin cari penganti Ketua Pemuda UMNO

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:58 PG
Beliau masih mencari pengganti yang sesuai untuk menggantikan tempatnya pada pemilihan Pemuda UMNO akan datang. khairy2SUBANG JAYA : “Pengganti saya mestilah lebih baik dari saya,” demikian kata-kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Khairy berkata, sehingga kini beliau masih mencari pengganti yang sesuai untuk menggantikan tempatnya pada pemilihan Pemuda UMNO akan datang. Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Bahagian Belia Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di sini. Sementara itu, mengulas mengenai Parlimen Belia, Khairy yang merupakan Menteri Belia dan Sukan telah membentangkan usul yang dibawa oleh Ahli Perwakilan Belia ke kabinet pada minggu lepas. Katanya, kabinet telah menerima usul yang dibawa oleh Ahli Perwakilan Belia itu untuk dipertimbangkan oleh kementerian-kementerian yang berkaitan. “Ada beberapa usul seperti diskaun kad pengangkutan untuk belia yang telah dipertimbangkan oleh Kementerian Pengangkutan, Perhimpunan Belia ASEAN yang saya pertimbangkan bersama Wisma Putra dalam persidangan pemimpin muda ASEAN nanti dan Institut Latihan Kemahiran Insaniah yang akan dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan. “Semasa saya bentangkan pada kabinet minggu lepas, ada satu penerimaan yang baik pada dasarnya. (Tetapi) secara khusus akan dipertimbangkan kementerian masing-masing,” ujarnya. Parlimen Belia adalah inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kira-kira dua tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang. Terdapat 133 Ahli Perwakilan Belia yang terbabit dalam persidangan pertamanya pada 10 Jan lalu. Free Malaysia Today