Rentetan dari tersebarnya risalah '30 dalil mengapa Zahid Hamidi perlu letak jawatan sebagai Presiden UMNO" melalui group-group WhatsApp.
Ada yang berkata ini adalah tindakbalas kartel Muhyiddin supaya BERSATU lebih mudah untuk menelan UMNO..
"Ini jelas menunjukkan Muhyiddin Yassin dan kartel di sekelilingnya sudah mula bertindak balas terhadap Presiden UMNO itu."
"Ia tidak lain adalah disebabkan UMNO telah membuat keputusan melalui usul di peringkat bahagian-bahagian untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang."
"Walaupun MT UMNO telah mengambil kata putus bersetuju dengan ketetapan usul tersebut, ia bagaimanapun dipersetujui untuk dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO atau PAU pada 31 Januari depan."
"Sementara menunggu PAU diadakan, dua Ahli Parlimen UMNO, Ahmad Jazlan Yaakob dan Nazri Aziz mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin, selain sebelum itu, Tengku Razaleigh Hamzah enggan mengiktiraf Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri yang sah." tambahnya.
"Secara mudahnya, mungkin jika tiada ketetapan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu, pasti tiadalah desakan berundur dilakukan terhadap Zahid Hamidi itu.
"Lebih daripada itu, kiranya UMNO setuju menyokong lagi Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri, tiadalah sebab darurat dicadang untuk dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos depan." - Dari Sungai Derhaka Blog
Berikut adalah risalah "30 dalil mengapa Zahid Hamidi perlu letak jawatan sebagai Presiden UMNO" yang dimaksudkan itu.
KLIK SINI: Buku Lengkap 30 Dalil Zahid
Free Malaysia Today Google News Tag najib razak Politik Sinar Online umno zahid hamidi