Ketua balai polis ditahan positif dadah methaphethamine

Ana Ghoib Syeikh Malaya 10:07 PTG
Ketua Balai Polis di Selangor berpangkat inspektor ditahan positif dadah. - Foto FMT

Kuala Lumpur: Ketua balai polis di Selangor ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas didapati positif dadah jenis methaphethamine, kelmarin

Harian Metro melaporkan serbuan dilakukan pasukan operasi dan pematuhan itu juga turut memeriksa tujuh anggota di balai yang sama.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pemeriksaan dan ujian saringan air kencing dijalankan terhadap mereka selepas aduan dan maklumat yang diterima.

"Maklumat mengatakan beberapa orang pegawai dan anggota polis menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

"Susulan itu satu pemeriksaan mengejut dilakukan terhadap Ketua Balai dan anggota yang disyaki," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zamri berkata, ujian saringan air kencing mendapati Ketua Balai berkenaan positif dadah manakala tujuh anggota yang lain didapati negatif.

"Siasatan lanjut dan tindakan seterusnya akan diambil sewajarnya," katanya.

Harian Metro difahamkan Ketua Balai berpangkat Inspektor itu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Sumber: myMetro

KLIK BACA: Nazir kesal Tommy dakwa pemuda melayu bawa parang keris punca 13 Mei