Tuan Ibrahim Tuan Man - PAS sentiasa menjadikan DAP sebagai kambing hitam - Foto Sinar Harian |
Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tulisan Thomas itu dilihat tidak menepati realiti yang berlaku.
"Ada yang komen tak sepatutnya dia menulis sekarang terhadap isu-isu terbabit. Bahkan ada yang disembunyikan dalam tulisan beliau khususnya isu yang melibatkan Lim Guan Eng.
"Kenapa langsung tak disentuh? Fakta-fakta yang dibawa juga dipertikai oleh banyak pihak termasuk isu 13 Mei, faktanya tidak begitu. Itu banyak orang pertikai peranan dia sebagai peguam negara pada ketika itu.
"Isu menggugurkan kes Lim Guan Eng walaupun kes tengah berjalan, isunya bukan kes itu tetapi isunya kenapa langsung tidak disentuh dalam tulisannya," katanya.
Menteri alam sekitar dan air itu berkata demikian ketika diminta mengulas kandungan buku tulisan Thomas yang kini menjadi kontroversi selepas diterbitkan, baru-baru ini.
Untuk rekod, pada 3 Sept 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.
Guan Eng menghadapi tuduhan berkenaan urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, di bawah harga pasaran semasa.
Buku Thomas menerima kritikan setelah didakwa mendedahkan krisis dalaman yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) serta bagaimana sistem perundangan negara beroperasi.
Pihak berkuasa kini menyiasat Thomas atas tuduhan menghina susulan laporan polis yang dikemukakan oleh bekas peguam cara III Mohamad Hanafiah Zakaria dan bekas peguam negara Apandi Ali.
KLIK BACA: Tun Mahathir - Kerajaan PN perdaya Melayu, terpalit dakwaan kronisme beri projek kepada saudara mara
DAP Free Malaysia Today Lim Guan Eng PAS Politik Sinar Harian