Polis akan Pihak Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik sebuah akaun Facebook jika benar individu itu memuat naik kenyataan memperlekeh kerabat diraja.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini pihaknya sedang menyiasat perkara itu susulan empat laporan polis yang diterima sebelum ini.
"Institusi diraja ini merupakan tiang seri kepada Perlembagaan dan Rukun Negara kita, jangan ada usaha untuk meruntuhkan dan mencemarkannya… itu pasti akan diambil tindakan," katanya pada sidang media di Johor Bahru hari ini,
Ayob Khan mengulas laporan mengenai akaun Facebook ‘Faruq Sungib’ memuat naik kenyataan berbentuk provokasi berhubung kerabat ‘J’, dipercayai merujuk kepada kerabat diraja Johor.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata pemilik akaun media sosial berkenaan dikenal pasti sebagai lelaki tempatan berusia 25 tahun dan menetap di Batu Pahat.
Kes disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Bernama

KLIK BACA: Tun Mahathir - Kerajaan PN perdaya Melayu, terpalit dakwaan kronisme beri projek kepada saudara mara
hina agong Jenayah Johor polis diraja malaysia sultan johor Tunku Mahkota Johor