Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob akan membuat laporan polis mengenai "video lama" yang tular di media sosial hari ini.
Video itu menunjukkan Ismail hadir majlis bersama beberapa orang lain tanpa memakai pelitup muka dan duduk bersama di meja jamun dengan tidak menjaga penjarakan sosial.
Video yang memaparkan majlis pelancaran Tabung Pahlawan di Royal Chulan Kuala Lumpur itu sebenarnya diadakan pada 15 September tahun lalu bukannya pada tahun ini ketika negara berapa di bawah PKP Covid-19.
Ismail dilaporkan akan membuat laporan polis esok kerana penyebaran video itu katanya, "jelas bermaksud untuk memfitnahnya".
Video tersebut banyak dikongsi di aplikasi WhatsApp dan beberapa hantaran di Facebook.
Salah satu hantaran termasuk oleh seoraNG ahli PKR yang cuba membandingkan SOP baru tempat makan yang menghadkan dua pelanggan bagi setiap meja, dengan hadirin dalam video yang menampilkan Ismail.
Sebelum ini, menteri pertahanan tersebut telah beberapa kali mengadu sering menjadi mangsa berita palsu.
Covid-19 Free Malaysia Today Google News Tag Politik Sinar Online