Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu 18 premis yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak Januari lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail, kesemua premis berkenaan yang melibatkan tiga hotel dan 15 pusat urut telah dikenakan tindakan penutupan premis.
"Ia melibatkan tiga Notis Pemberitahu Kesalahan Akta Hotel, 15 notis kompaun kesalahan serta sitaan terhadap 287 pelbagai jenis barangan dalam premis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, katanya, DBKL dengan kerjasama pihak polis melaksanakan Operasi Tindakan Khas terhadap premis rumah urut di dua lokasi berasingan di Setapak dan Kuchai Maju.
Dalam serbuan itu seramai 11 wanita tukung urut yang disyaki pekerja sxks warganegara Filipina, Thailand, Indonesia dan lima warga tempatan yang menjadi penjaga premis ditahan untuk tindakan lanjut oleh pihak polis.
Sebanyak 77 pelbagai peralatan premis seperti tilam, tuala, kondom, minyak pelincir, ampilfier, CCTV dan lain-lain peralatan turut disita.
Untuk rekod, perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) bagi mengekang Covid-19 mula dilaksanakan di Kuala Lumpur sejak 13 Januari lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Imigresen pada Rabu menyerbu sebuah premis rumah urut yang menawarkan perkhidmatan sxks di Bandar Puteri Puchong, Selangor.
Ketua Pengarahnya, Khairul Dzaimee Daud berkata premis tersebut beroperasi di bangunan tiga tingkat tanpa papan tanda.
"Premis itu menawarkan perkhidmatan sxks kepada pelanggan tempatan dari RM180 hingga RM225 setiap pakej.
"Mereka menggunakan aplikasi sembang Telegram sebagai media untuk menawarkan perkhidmatan haram itu," katanya dalam kenyataan media.
Khairul berkata semasa serbuan pada pukul 4.30 petang, pekerja premis dan pelanggan dikepung oleh penguat kuasa setelah mereka cuba melarikan diri.
Hasilnya, 15 orang ditahan termasuk 11 wanita Vietnam.
Harian Metro Kuala Lumpur mymetro Pelik Rogol Sinar Harian Sinar Online