Duta PM ke Timur Tengah Hadi Awang - Foto Shahir Omar/Astro AWANI |
Empat negara itu ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 13 Ogos 2020 diikuti Bahrain (15 September), Sudan (23 Oktober) dan Morocco pada 10 Disember tahun lalu.
“Duta Khas PM tak berperanan? Senyap sepi… gaji jalan,” tulis aktivis politik juga bekas Setiausaha Eksekutif Pas, Malek Hussin di Twitter, seperti dilapor portal MalaysiaDateline.
Abdul Hadi, dalam hantaran di laman Facebook beliau, berkata ia juga bertujuan menggariskan peluang kerjasama dalam bidang agama Islam, pelaburan, perdagangan dan pendidikan selaras dengan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Abdul Hadi berkata, laporan tersebut turut mengandungi beberapa syor dan agenda bertindak, khususnya dalam usaha menarik pelaburan dari Timur Tengah pada pasca COVID-19.
Sebagai makluman, Pejabat Perdana Menteri pada 2 April 2020 mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju melantik Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang ke jawatan itu.
Abdul Hadi yang juga bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia pernah bergelar Menteri Besar Terengganu sepenggal antara 1999 hingga 2004.
arab saudi Free Malaysia Today Google News Tag Hadi Awang Islam israel Malaysiakini BM PAS Politik