3 wanita ditahan kemaruk berjudi masa PKP

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:51 PG
Suspek berusia antara 28 hingga 61 tahun ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Arau untuk tindakan lanjut.

ARAU: Enam termasuk tiga wanita warga tempatan ditahan kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP) dan leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rambai Padang Siding, Arau, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Nanda Maarof berkata, semua enam individu berusia antara 28 hingga 61 tahun itu ditahan ketika sedang leka bermain judi kira-kira 8 malam.

“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah beberapa peralatan judi dan wang tunai RM722. Semua suspek didapati dengan sengaja tanpa alasan munasabah ingkar arahan PKP,” katanya kepada pemberita.

Nanda berkata, semua suspek dan bahan rampasan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Arau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa,” katanya.

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul