Najib ancam saman Tommy Thomas, dakwa terfitnah kes Altantuya

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3:55 PG

Peguam Shafee Abdullah memaklumkan Najib Razak mengarahkan beliau memfailkan saman awal terhadap Tommy Thomas berkaitan kenyataan dalam bukunya melibatkan Altantuya. - Foto FMT

Bekas Perdana Menteri Najib Razak bakal mengeluarkan surat tuntutan kepada bekas peguam negara, Tommy Thomas, yang didakwa memfitnahnya yang terkandung dalam bab 42 memoir bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” yang dipasarkan Sabtu lalu.

Di dalam bab tersebut di bawah kapsyen “Altantuya”, Thomas didakwa memfitnah Najib apabila beliau menulis bekas perdana menteri telah mengarahkan Inspektor Azilah dan Koperal Sirul membunuh wanita Mongolia itu.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas perdana menteri itu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi RM10 juta.

Muhammad Shafee berkata, fitnah tersebut berniat jahat, merosakkan reputasi Najib serta mendedahkan anak guamnya kepada kecaman dan kebencian.

Sehubungan dengan itu, menurut Muhammad Shafee, jika pihaknya tidak menerima jawapan memuaskan daripada Thomas sebelum pukul 12 tengah hari Jumaat ini, maka prosiding undang-undang akan dimulakan awal minggu depan.

Selain permohonan maaf dan ganti rugi, Najib menerusi peguamnya itu turut menuntut supaya Thomas segera menarik semula kenyataan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi tuduhan-tuduhan tersebut serta sebarang komen yang berkaitan.

Najib juga menuntut bekas peguam negara itu menanggung segala kos guaman berkaitan kes tersebut.


 KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul