Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) memfailkan saman mewakili kepentingan umum terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini lapor Astro AWANI.
NGO tersebut menegaskan, tindakan itu adalah usaha untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah berkenaan tindakan kerajaan yang disifatkan mereka tidak berperlembagaan.
Ia berkait Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) atau Seksyen 14 Ordinan tersebut yang telah menggantung Parlimen dan Perkara 150(8) Perlembagaan yang mengenepikan bidang kuasa mahkamah.
"Kami bimbang perisytiharan darurat dan Ordinan Darurat telah menyebabkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak dapat memenuhi kewajiban perlembagaan mereka sebagai tempat perbahasan dan pengundian bagi Ordinan Darurat.
"Kami juga khuatir kesan utama Ordinan Darurat adalah penggantungan Parlimen sedangkan kerajaan, badan kehakiman dan sektor swasta berjalan seperti biasa, dengan terikat dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.
"Kami ingin mahkamah mengisytiharkan sekiranya mereka mempunyai kuasa untuk menyemak sebarang percubaan untuk memintas peruntukan perlembagaan yang memerlukan semua undang-undang dibawa ke Parlimen terlebih dahulu," memetik kenyataan bersama NGO tersebut hari ini.
Tujuh NGO tersebut adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Center for Independent Journalism (CIJ), Aliran, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) dan Save Rivers.
Dalam kenyatan bersama mereka mendakwa, kerajaan sudah mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menangani krisis pandemik COVID-19 dan tiada keperluan untuk menggantung Parlimen melalui Ordinan Darurat.
"Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, kami amat khuatir dengan kesan buruk pandemik ini – kehilangan nyawa, kerja dan hakisan ekonomi yang sangat teruk.
"Kestabilan politik adalah diperlukan untuk kerajaan membawa kita keluar dari krisis yang tidak terjangka ini, namun kestabilan tidak boleh dicapai dengan mengorbankan institusi semak dan imbang oleh Parlimen dan badan kehakiman," kata kenyataan itu.
Kumpulan NGO tersebhut menegaskan tindakan litigasi tersebut adalah demi kepentingan umum untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan sistem semak imbang serta untuk mendapatkan keputusan badan kehakiman berkenaan isu-isu terkait Ordinan Darurat.
KLIK BACA: Pendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya
KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?
BACA LANJUT: Tommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul
Free Malaysia Today Google News Tag Malaysiakini BM parliament malaysia Politik Sinar Harian Tan Sri Muhyiddin Yassin