Dalam satu kenyataan, MUDA membuat desakan itu ekoran peningkatan kes baharu COVID-19 yang didakwa mereka akibat daripada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
MUDA menegaskan, darurat yang diisytiharkan dilihat tidak meringankan beban rakyat kerana masih perlu menjelaskan segala tanggungjawab kewangan dan kehilangan sumber rezeki.
"Sejak 29hb Januari 2021, kes COVID-19 mencapai angka 5725, jumlah yang tertinggi sejak pandemik melanda Malaysia setelah lebih setahun. Malaysia gagal mengekang penularan pandemik ini walaupun telah melaksanakan PKP melebihi dua minggu,
"Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak menonjolkan sebarang perancangan rapi bagi menghadapi PKP yang diumumkan bermula 13hb Januari 2021,
"Lebih tidak masuk akal ialah deklarasi darurat yang menggantung semua institusi demokratik negara, namun tiada seorang anggota kabinet pun yang melepaskan jawatan untuk diserahkan bidang tugas kepada penjawat awam.
"Dalam darurat ini rakyat masih perlu membayar hutang bank, melunaskan semua tanggungjawab kewangan dan menanggung kehilangan sumber rezeki. Pada masa yang sama bagi Menteri dan Timbalan semua jawatan dan keistimewaan dikekalkan.
"Daripada asyik meminta untuk rakyat berubah menyesuaikan diri dengan norma baharu, tiba masanya untuk barisan kepimpinan kabinet pula berubah dan menyesuaikan diri dengan norma baharu melalui kepimpinan melalui tauladan," jelasnya.
MUDA mencadangkan agar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Timbalannya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Datuk Aaron Ago Dagang serta semua pegawai lantikan politik dalam kabinet Muhyiddin Yassin ditamatkan perkhidmatan.
Parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan tugas-tugas menteri-menteri yang tidak berfungsi itu boleh diserahkan kepada penjawat awam.
"MUDA memanggil untuk barisan kabinet dikecilkan dari pembaziran wang rakyat dengan memecat khususnya menteri-menteri yang tidak berfungsi dan menyerahkan tugas kepada penjawat awam untuk operasi pengurusan harian sepanjang tempoh darurat ini.
"Bermula dengan Adham Baba selaku Menteri Kesihatan serta dua Timbalannya dengan menjimatkan kos gaji menteri serta timbalannya dan semua pegawai-pegawai lantikan politik, dan menyerahkan bidang kuasa tugas kepada Ketua Pengarah Kesihatan," tegas MUDA dalam kenyataan media di Facebook.
Untuk rekod, rata-rata pemimpin PH dan rakyat setidaknya mengkritik tindakan Perdana Menteri memberikan jawatan dengan mudah kepada 70 orang menteri dan timbalan menteri dengan segala gaji, elaun dan kemudahan lainnya dinikmati percuma setiap bulan.
KLIK BACA: Sekali lagi Azmin dakwa amalan songsang Anwar, ragui pengampunan penuh Agong Anwar
KLIK BACA: Ayob Khan saran Pencen Seringgit terhadap polis didakwa rasuah diperkenal semula
KLIK BACA: MP Hassan Karim gesa Muhyiddin, Kabinet letak jawatan, senaraikan 4 kegagalan PN
DIKEMASKINI: Ibu Yati jawab Nasruddin, Minta maaf atau saman kamu dan Yadim
KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah
Free Malaysia Today Google News Tag Malaysiakini BM parliament malaysia Politik Syed Saddiq Tan Sri Muhyiddin Yassin