Kes Covid-19 dah 5 ribu mana Menteri Kesihatan, rindu zaman Dr Dzulkefly

Ana Ghoib Syeikh Malaya 3:02 PG
Kenaikan kes baharu Covid-19 kepada 5,725 kes semalam menyebabkan kecekapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipersoalkan.

“Mr PM, maafkan saya, 5,725 kes hari ini. Di mana Menteri Kesihatan anda. Apa jenis kerajaan yang ada ni,” tanya ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menerusi twitter beliau.

Portal MalaysiaDateline melaporkan bukan Timbalan Presiden AMANAH itu sahaja yang membangkitkan persoalan itu bahkan ramai lagi rakyat Malaysia yang menyuarakan perkara itu menerusi media sosial.

“Tulah, mana menghilang. Merindui zaman Dr Dzul. Sekurang-kurangnya berani bersemuka,” tulis Amir_bute87 menerusi twitter beliau ketika menjawab ciapan Salahuddin.

Dr Dzul adalah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Menteri Kesihatan ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah negara sebelum ini.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bekas Menteri Kesihatan


Menurut MalaysiaDateline kononnya laporan petugas media pro kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Mei 2020 yang cuba membodek Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba kononnya rakyat United Kingdom mahu meminjam beliau kerana kagum dengan usaha Malaysia melawan Covid-19, kini menjadi rujukan netizen.

“Tak payah pinjam, ambillah terus. Ambil satu, free dua timbalan,” tulis Marwan Bukhari menerusi twitternya merujuk kepada berita berkenaan.

Keratan berita dan ulasan Marwan kini menjadi tular di laman-laman sosial. Hampir 5,000 pengguna twitter telah menularkan ciapan Marwan ini tidak termasuk pengguna media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram menyebarkan keratan ciapan berkenaan Dr Adham tersebut.

KLIK BACA: Sekali lagi Azmin dakwa amalan songsang Anwar, ragui pengampunan penuh Agong Anwar

KLIK BACA: Ayob Khan saran Pencen Seringgit terhadap polis didakwa rasuah diperkenal semula

KLIK BACA: MP Hassan Karim gesa Muhyiddin, Kabinet letak jawatan, senaraikan 4 kegagalan PN 

DIKEMASKINI: Ibu Yati jawab Nasruddin, Minta maaf atau saman kamu dan Yadim

KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah