Pengusaha gimnasium yang rugi besar apabila terpaksa menamatkan operasi ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Astro Awani setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.
"Hampir 80 gimnasium telah ditutup ekoran pandemik COVID-19. Ia amat menyukarkan bagi pengusaha untuk menampung dan mengekalkan perbelanjaan kerana tiada pendapatan," kata Presiden Bina Badan Kuala Lumpur, Krishna Kumar.
"Saya ingin berkongsi mengenai salah seorang rakan yang membuka gimnasium dengan bermodalkan hampir mencecah RM700,000 namun ekoran COVID-19 perniagaannya terpaksa ditutup dan hanya dapat menjual balik barangan ini dengan nilai RM25,000 sahaja.
"Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu pihak-pihak yang membuka perniagaan gimnasium ini dikurangkan beban dihadapi ketika ini," katanya dipetik Astro Astro Awani
Sementara itu, jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, berdepan tugas sukar untuk mempertahankan gelaran Mr Universe dan Asia memandangkan hanya mampu berlatih di rumah.
Dia yang turut memburu pingat emas Sukan SEA Vietnam, November ini memohon campur tangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membela nasib pengusaha gimnasium.
"Saya berasa sedih kerana banyak gimnasium terpaksa ditutup dan ini merupakan kerugian bagi pihak pengusaha. Saya berharap pihak kerajaan akan membenarkan gimnasium dapat dibuka selepas ini,"
"Saya turut berdepan kesukaran bagi membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan akan datang." katanya lapor Astro Awani.