Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai 2020. - Foto kredit Instagram Zarina |
Beliau yang membuat pengakuan itu secara terbuka di media sosial hari ini berkata penjelasan itu diharap dapat menjawab persoalan ramai berhubung status perkahwinannya.
"Ya, Anju dah bercerai. Bukan nak sibuk nak kecoh tapi sebab ramai yang dah bertanya.
"Saya rasa kesilapan saya dalam berumah tangga adalah berkahwin disebabkan desakan orang lain.
"Lain kali tak payah dengar cakap orang lain. Jangan kahwin atas desakan sesiapa sebab itulah kesilapan yang saya buat," katanya.
"Kamu buat apa yang terbaik untuk diri sendiri," katanya.
Bagaimanapun Zarina tidak berkongsi tarikh sebenar dia bercerai dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar tetapi berkata perpisahan itu adalah pilihannya.
"Tak ada apa yang teruk, cuma kami sudah tak sehaluan lagi," katanya.
Mengulas lanjut, Zarina berkata, keputusan untuk berpisah adalah jalan yang terbaik.
"Saya mahu fokus pada kerja, keluarga dan anak saya. Saya mahu luangkan lebih banyak masa dengan mereka kerana saya duduk seorang diri selama bertahun-tahun.
"Saya mahu guna masa ni untuk kembali rapat dengan keluarga," katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.
Pemilik nama penuh Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul itu mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu, selepas empat tahun menjanda.
Sebelum itu, pelakon Anak Pontianak itu sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka dari Brunei, Pangiran Mohd Ilham Syazwan pada 2015 dan bercerai pada 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurmiakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.