Apa guna Darurat jika bank ambil kesempatan kesusahan rakyat? – Asyraf Wajdi

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:51 PG
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi - Foto Astro Awani  

Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan agar memanfaatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 sebagaimana yang telah dimasyhurkan untuk mengarahkan institusi kewangan memberikan moratorium secara automatik kepada kumpulan tertentu tanpa mengenakan sebarang caj tambahan ataupun keuntungan terakru.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, apa guna Proklamasi Darurat jika tidak dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat.

”Apa guna Ordinan Darurat jika pihak-pihak tertentu dibiarkan mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat?

”Ini bagaikan mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat!,” katanya seperti dilapor portal Malaysia Gazette.

Asyraf mendakwa, Pemuda UMNO Malaysia menerima terlalu banyak aduan dan maklum balas orang ramai yang mengadu bank-bank dan institusi kewangan tetap mengenakan caj tambahan, keuntungan terakru ke atas bayaran ansuran setelah moratorium diberikan.

Soalnya, di mana jaminan Menteri Kewangan pada bulan lima lepas yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiada caj tambahan dikenakan setelah berunding dengan industri bank.

Malah banyak juga aduan yang menzahirkan moratorium yang ditawarkan oleh bank-bank kali ini bukanlah penangguhan pembayaran balik tanpa caj tambahan, tetapi seperti penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman, yang mana tempoh bayaran balik dipanjangkan dengan kadar pembiayaan yang lebih tinggi dikenakan.

KLIK BACA: Sekali lagi Azmin dakwa amalan songsang Anwar, ragui pengampunan penuh Agong Anwar

KLIK BACA: Ayob Khan saran Pencen Seringgit terhadap polis didakwa rasuah diperkenal semula

KLIK BACA: MP Hassan Karim gesa Muhyiddin, Kabinet letak jawatan, senaraikan 4 kegagalan PN 

DIKEMASKINI: Ibu Yati jawab Nasruddin, Minta maaf atau saman kamu dan Yadim

KLIK BACA: Najib Sedih, Persoal Anggota Polis Meninggal Dunia Covid Dibiarkan Kuarantin Di Rumah