KUALA LUMPUR: Syarikat perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Industri Halal bersempena penganjuran Persidangan Halal Dunia 2016.
Pengiktirafan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) itu disampaikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemilik dan pengasas Kumpulan Ramly, Datuk Ramly Mokni, pada satu majlis makan malam penghargaan Minggu Halal Dunia, di sini, Rabu malam.
Anugerah tahunan itu diberikan kepada individu atau organisasi yang terbukti memberi sumbangan besar selain mencapai standard tinggi dalam industri halal.
Kumpulan Ramly, satu nama besar yang terbabit dalam pengeluaran produk makanan halal, bersih dan bermutu tinggi berasaskan daging, ayam dan makanan laut dengan perolehan pendapatan kira-kira RM2 bilion setahun.
[ads-post]
Pada masa ini, produknya dieksport ke enam negara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja serta Bangladesh.
Persidangan Halal Dunia anjuran HDC, diadakan di ibu negara pada 30-31 Mac manakala Minggu Halal Dunia 2016 pula pada 28 Mac hingga 2 April ini. - Bernama