Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan mengenainya tidak pernah ditutup.
“Penyiasatan masih berjalan dan kami tidak pernah menutup kes ini,” katanya ketika dihubungi.
Nasib pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China itu belum diketahui, walaupun pengumuman rasmi dibuat bahawa laluannya berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac 2014. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pada 11 Mac tahun lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol mendedahkan dua lelaki yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport curi rakyat Iran dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29, tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan pengganas.
Khalid berkata, siasatan polis bertumpu kepada empat perkara iaitu kemungkinan pesawat itu dirampas, sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal dan masalah peribadi dihadapi penumpang dan anak kapal.
“Walaupun kami tidak mempunyai bukti konkrit mengenai kes ini, tetapi kami masih berbincang dengan Jabatan Peguam Negara, termasuk perkembangan dalam operasi mencari,” katanya.
Airlines Berita Harian Latest News MH370 MH370 polis diraja malaysia Terkini