Filem yang menelan kos RM12 juta itu akan diterbitkan dengan kerajasama pasukan produksi dari Hollywood dan Malaysia.
Pada era 1980-an dan 1990-an, Bujang Senang pernah mengganas di Sarawak dan dikatakan berjaya dibunuh di Sungai Pelaban, Batang Lupar di Sri Aman pada tahun Mei 1992.
Tengkorak Bujang Senang kini boleh dilihat di Jong’s Crocodile Farm di Siburan, Kuching.
Bagaimanapun, pada tahun 2012, wujud dakwaan daripada pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong yang mengatakan melihat kelibat buaya menyerupai Bujang Senang yang mempunyai belang putih di belakang dan warna kulitnya kelabu.
Pengarah Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA), Livan Tajang berkata, selain Bujang Senang, dua lagi filem merupakan terbitan Malaysia bertajuk Kilat berharga RM6 juta dan Sapok Biki diterbitkan oleh Moonbeam Production. - Kosmo