Warga asing parah ditetak

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:59 PG

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga asing ditemui dalam keadaan separuh sedar dengan kesan kecederaan teruk dipercayai akibat ditetak dan ditikam menggunakan senjata tajam di pekarangan sebuah bank di Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, mangsa yang tiada dokumen pengenalan diri dijumpai oleh orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya dengan ambulans.

Berdasarkan kesan kecederaan itu, mangsa dipercayai telah diserang oleh beberapa individu sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan.

Seorang jurucakap polis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan hospital berkenaan yang memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal dengan kesan kecederaan parah pada badan.

“Mangsa mengalami kecederaan teruk sehingga ternampak sebahagian usus perutnya selain kesan tetakan pada tulang rusuk sebelah kiri. - Kosmo