Amir Raja Lawak edar kad jemputan kahwin

Ana Ghoib Syeikh Malaya 2:11 PG
PETALING JAYA- Pelawak Amir Raja Lawak mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz yang akan berlangsung pada 15 Mac ini di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, di sini.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari manakala pernikahannya akan berlangsung pada 14 Mac selepas Asar di lokasi yang sama.

Bekas peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) itu berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan dan hanya tinggal beberapa perkara temasuk persiapan dulang hantaran.