Madonna disenarai hitam stesen radio UK

Ana Ghoib Syeikh Malaya 2:09 PG
NAMPAKNYA penyanyi terkenal Madonna, 56, terpaksa menerima hakikat yang pahit apabila sebuah stesen radio di United Kingdom (UK), Radio 1 dikatakan tidak lagi mahu menyiarkan single terbarunya, ‘Living For Love’ kerana sudah tua.

Pendek kata, dia sudah ‘disenarai hitam’ kerana usianya dianggap tidak relevan dengan target pendengar radio tersebut iaitu sekitar 15 hingga 29 tahun.

Menerusi Breatheheavy.com, pihak Radio 1 dilaporkan menyiarkan single tersebut hanya sekali sahaja sejak ia dilancarkan pada 20 Disember lalu.

Bagaimanapun, selepas isu tersebut menjadi hangat, pihak radio menjelaskan bahawa tindakan mereka tidak menyiarkan lagu Madonna bukanlah kerana usianya, tetapi berdasarkan merit sesebuah lagu.

Namun, alasan itu disangkal ramai pihak kerana single tersebut merupakan antara single terbaiknya selepas ‘Hung Up‘ dan ’4 Minutes’.

Alahai, mengaku sajalah tak nak siarkan lagu Madonna sebab dah tua…

Tak payah nak fikir alasan bukan-bukan, betul tak? - Myneswshub