Muslim terancam kerana filem American Sniper

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:41 PG


Antara sedutan filem American Sniper. Foto sumber Hollywoodmovie

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Komuniti Islam di Amerika Syarikat (AS) diancam ugutan selepas tayangan filem American Sniper.

 Menurut sebuah surat Komuniti Anti-Diskriminasi American-Arab (ADC), ancaman terhadap Islam di AS meningkat selepas tayangan filem tersebut.

 ADC memberitahu, kumpulan berkenaan menerima banyak ugutan ganas disebabkan bagaimana orang Arab dan Islam digambarkan di dalam filem tersebut.

 Menurut Yahoo News, ADC sudah meminta bantuan agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan meminta pelakon-pelakon utama filem berkenaan untuk mengecam ancaman yang telah diberikan kepada komuniti Islam AS. Agensi