Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014
Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015 juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan
Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan dan pemohonan bagi pemohon baru BR1M 4.0 sepertimana yang ditetapkan
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM950
Status Warganegara Malaysia
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar Bulanan RM3000 dan kebawah (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
RM300 : 28 Januari dan 28 Mei
RM350 : 28 September
Layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM750
Status Warganegara Malaysia
Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan
Warga emas (sebatang kara)berumur 60 tahun keatas
Pendapatan Kasar Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sebanyak tiga kali setahun iaitu
RM200 : 28 Januari dan 28 Mei
RM350 : 28 September
Layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun
Info Skim Khairat Kematian
Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2015 sehingga 31 Disember 2015
Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja
Syarat Layak Terima BR1M 4.0 RM350
Status Warganegara Malaysia
Kriteria Individu (Bujang)
Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 Kebawah
Cara Pembayaran Diterima Dibayar sekali gus mulai 28 Januari 2015
Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250 (BB1M)
BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0, 2.0 dan 3.0 yang tidak layak sebelum ini kerana tidak menepati kriteria ditetapkan
Jadi pada BR1M 2015 ini, jika merasakan layak boleh membuat permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga 31 Disember 2014
Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan
https://ebr1m.hasil.gov.my ataupun terus ke sistem permohonan di pautan
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
Info Berkaitan Panduan Pengguna
Sila layari atau klik pada judul pautan dibawah
Sumber ihsan mySumber Blog