Puad Zarkashi padam catatan Facebook mengenai Muhyiddin

Ana Ghoib Syeikh Malaya 2:15 PG
Puad Zarkashi berdepan tuntutan RM10 juta daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnah beliau. - Foto Malaysiakini

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi memadam catatan Facebooknya pada 9 Feb selepas saman fitnah dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadapnya.

“Ya, ia dipadam semalam,” kata Puad kepada Free Malaysia Today.

Ini berikutan Mahkamah Tinggi mengurniakan Muhyiddin perintah injunksi interim untuk menghalang Puad daripada membuat kenyataan berhubung sebuah catatan berunsur fitnah pada 1 Mac.

Mahkamah juga menetapkan 12 Mac untuk perbicaraan inter partes bagi perintah injuksi tersebut.

Pada 16 Feb, Muhyiddin mengirim notis undang-undang kepada Puad yang menuntut permintaan maaf secara terbuka dan bayaran pampasan sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah beliau.

Antara lain, beliau menuntut Puad memadam catatan 9 Feb di laman Facebooknya dengan nama “Dr Mohd Puad Zarkashi” yang berkaitan dengan kuarantin Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan Puad bahawa arahan kuarantin tiga hari diwartakan untuk menteri-menteri yang kembali daripada lawatan rasmi ke luar negara semata-mata kerana perdana menteri tidak mahu dikuarantin setelah kembali daripada lawatan rasminya ke Indonesia.

TERBARU: Syarikat Suap Zahid Tiada Perniagaan Tapi Wang Banyak Keluar Masuk, Kata Pegawai SPRM Kepada Mahkamah